Penerbitan Temuan Takdir

Temuan Takdir diarahkan oleh Dhyan Vimal dalam kerjaya sulungnya sebagai sutradara dan kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM1 juta. Sebelum menduduki kerusi pengarah, Dhyan pernah bekerja dengan sebuah syarikat yang menjual peralatan perubatan ke hospital. Beliau dipetik sebagai berkata: "Saya sentiasa mahu membuat filem, kerana saya telah menjadi peminat filem sejak zaman kanak-kanak."[2] Barisan pelakon terdiri daripada pelakon berpengalaman termasuk Zahim Albakri, Jalaluddin Hassan dan Vanida Imran.[2] Bekas ratu cantik Malaysia, Thanuja Ananthan membuat penampilan lakonan pertamanya dalam filem ini, memegang watak sebagai seorang wanita yang kuat dan bebas yang menaruh hati dalang di sebalik rompakan.[2][3] Temuan Takdir ialah penampilan filem sulung pengacara TV, Azura Zainal dan pelakon Kiranjit Kaur.[2][4]

Rujukan

WikiPedia: Temuan Takdir http://style.astroawani.com/detail/temuan-takdir-w... http://www.imdb.com/title/tt6096780/ http://temuantakdir.com/ http://intrend.com.my/hiburan/filem-seni/temuan-ta... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/temuan-takdi... http://www.utusan.com.my/hiburan/temuan-takdir-azu... https://www.star2.com/people/2016/08/15/former-mis... https://www.nst.com.my/news/2016/08/165082/temuan-... https://www.nst.com.my/news/2017/01/205328/temuan-...